FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
BERNAMA

New Delhi: Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA) India mengenakan denda 1 juta rupee India (kira-kira RM56,634) ke atas syarikat penerbangan swasta kerana melanggar peraturan keselamatan, lapor Xinhua, memetik pegawai pemerhati penerbangan awam pada Khamis.

Air Vistara telah didenda kerana membenarkan juruterbang yang tidak terlatih mendaratkan pesawat dengan penumpang di dalamnya. Pelanggaran itu dikesan baru-baru ini di sebuah lapangan terbang di tengah negeri Madhya Pradesh.

"Vistara telah didenda 10 lakhs oleh DGCA kerana melanggar peraturan berlepas dan pendaratan yang diberikan kepada pegawai pertama tanpa menjalankan sebarang latihan," kata seorang pegawai DGCA kepada media.

Juruterbang itu, yang merupakan pegawai pertama dalam penerbangan itu, mendaratkan pesawat di lapangan terbang Indore baru-baru ini tanpa terlebih dahulu mendapat latihan yang diperlukan dalam simulator.

"Ini adalah pelanggaran serius yang membahayakan nyawa penumpang di dalam pesawat," pegawai itu dipetik sebagai berkata.

Menurutnya, pegawai pertama dilatih untuk mendaratkan pesawat dalam simulator sebelum dibenarkan melakukannya dengan pesawat sebenar yang mempunyai penumpang di dalamnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Jun 2022 @ 5:14 PM