FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
BERNAMA

New Delhi: Enam penumpang dan seorang juruterbang disahkan terbunuh selepas helikopter yang dinaiki terhempas di utara India.

Helikopter itu dilapor berlepas dari kuil Kedarnath di Uttarakhand pada tengah hari sebelum terhempas.

Polis dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua penumpang berasal dari Tamil Nadu dan Gujerat.

Menurut laporan media tempatan, helikopter Bell-407 itu dikendalikan syarikat Aryan Aviation yang berpangkalan di New Delhi.

Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA) India mengarahkan siasatan dijalankan berhubung nahas itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Oktober 2022 @ 8:51 AM