Juruterbang Jet Airways dikatakan menampar pembantu juruterbang ketika dalam penerbangan. - Foto REUTERS
Juruterbang Jet Airways dikatakan menampar pembantu juruterbang ketika dalam penerbangan. - Foto REUTERS
AFP

SYARIKAT penerbangan India, Jet Airways, menggantung khidmat dua juruterbangnya kerana terbabit dalam pergaduhan dalam kokpit menyebabkan kedua-duanya meninggalkan kokpit sebaik pesawat penerbangan dari London, mendarat di Mumbai.

Penerbangan pada hari sambutan Tahun Baru itu membawa 324 penumpang.

Syarikat penerbangan terbabit sedang menyiasat dakwaan juruterbang lelaki menampar rakan setugasnya, pembantu juruterbang.

“Berlaku salah faham dalam kokpit. Bagaimanapun, keadaan diselesaikan dengan baik dan penerbangan diteruskan ke Mumbai dengan selamat.

“Kejadian itu sudah dilaporkan kepada Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA) dan kru terbabit digantung tugas menunggu hasil siasatan dalaman yang sudah dimulakan,” kata kenyataan Jet Airways.

Laporan media India yang memetik sumber menyatakan, pertengkaran itu menyebabkan juruterbang wanita berkenaan keluar dari kokpit ketika dalam penerbangan sambil menangis dan dipujuk kru kabin supaya masuk semula.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 January 2018 @ 7:36 PM