PESAWAT Air India Express. FOTO Agensi
PESAWAT Air India Express. FOTO Agensi
Agensi

New Delhi: Seekor ular ditemukan di bahagian kargo pesawat Air India Express ke Dubai, Sabtu lalu.

Khaleej Times melaporkan, Boeing B-737 Air India Express yang dalam perjalanan dari Calicut ke Dubai berlepas seperti yang dijadualkan.

Sebaik mendarat di lapangan terbang Dubai, kakitangan melaporkan seekor ular di dalam pesawat itu.

"Air India Express B737-800 VT-AXW mengendalikan penerbangan IX-343 (Calicut-Dubai).

"Seekor ular ditemukan di dalam kargo ketika pesawat tiba di Dubai," kata pegawai kanan Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA) kepada ANI.

Susulan itu, penumpang dibawa keluar dengan selamat dan pesawat difumigasi dengan betul sebelum operasi seterusnya.

"Penumpang selamat dibawa keluar dan perkhidmatan bomba lapangan terbang dimaklumkan. Pesawat itu sudah difumigasi," kata seorang lagi pegawai DGCA.

Sementara itu, DGCA mengarahkan siasatan terperinci berhubung insiden itu.

"Pegawai DGCA menyiasat insiden ular di dalam pesawat Air India Express," kata badan penerbangan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2022 @ 10:04 AM