GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Beijing: Seorang pesakit Covid-19 berusia 106 tahun di utara China dilaporkan pulih daripada virus berkenaan.

Pihak berkuasa tempatan berkata, pesakit berkenaan dibenarkan keluar dari hospital di Changchun, Jilin.

Lapor agensi berita, Xinhua pesakit bernama Li itu menjadi pesakit tertua dirawat di hospital di Jilin.

Wanita itu didiagnos dengan Covid-19 dan dirawat di Hospital First Bethune, Universiti Jilin pada 14 April lalu.

Pemeriksaan lanjut mendapati, wanita itu mengalami keadaan kesihatan serius termasuk masalah pada bahagian otak.

Sejak 13 April lalu, hospital berkenaan beroperasi sebagai pakar dalam merawat orang kurang upaya, warga emas dan pesakit lain yang tidak mampu menjaga diri mereka sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mei 2022 @ 4:05 PM