PENDUDUK di wilayah Jilin menjalani ujian saringan Covid-19. FOTO AFP
PENDUDUK di wilayah Jilin menjalani ujian saringan Covid-19. FOTO AFP
AFP

Shanghai: China menguatkuasakan sekatan pergerakan (lockdown) di Changchun, bandar di timur laut negara itu yang mempunyai sembilan juta penduduk.

Ia dalam usaha mengekang penularan Covid-19 selepas angka jangkitan di negara itu melonjak ke paras tertinggi dalam masa dua tahun.

Penduduk Changchun, yang juga ibu kota wilayah Jilin dan pangkalan perindustrian penting, diarahkan untuk bekerja dari rumah.

Hanya seorang akan dibenarkan keluar setiap dua hari untuk membeli 'keperluan harian' dan pihak berkuasa juga akan memulakan ujian saringan Covid-19 secara besar-besaran.

Selain itu, pihak berkuasa menghentikan operasi pengangkutan awam di samping menutup sekolah dan perniagaan.

Kes Covid-19 di China direkodkan melepasi 1,000 minggu ini untuk pertama kali sejak tempoh awal pandemik di negara itu pada 2020.

Kiraan rasmi harian semalam mendapati, terdapat 1,369 kes di lebih puluhan wilayah di negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mac 2022 @ 7:57 AM