LAHAR mengalir di lereng gunung berapi itu. FOTO AFP
LAHAR mengalir di lereng gunung berapi itu. FOTO AFP
Reuters

Jakarta: Gunung Merapi, meletus tengah malam tadi, menyebabkan debu, dan aliran lahar panas.

Ia menyebabkan lebih 250 penduduk di sekitarnya berpindah, menurut agensi mitigasi bencana Indonesia, BNPB, pada Khamis.

Letusan menyebabkan awan panas, terdiri daripada campuran debu dan bahan dari gunung berapi itu, kata agensi geologi negara itu menerusi Twitter.

Menurut BNPB, 253 penduduk di sekitar gunung yang terletak di Jogjakarta itu, dipindahkan.

Debu tebal menyelubungi beberapa kampung.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mac 2022 @ 1:20 PM