GAMBAR menunjukkan Gunung Merapi sedang meletus. FOTO AFP.
GAMBAR menunjukkan Gunung Merapi sedang meletus. FOTO AFP.
Agensi

Yogjakarta: Gunung Merapi, antara gunung berapi paling aktif di Indonesia, meletus sebanyak dua kali hari ini.

Letusan pertama berlaku pada 9.13 pagi manakala letusan kedua pada 9.27 pagi.

YogjakartaKompas.com melaporkan perkara itu disahkan petugas Pos Pengamatan Gunung Merapi (PGM) Kaliurang, Lasiman.

"Betul, berlaku letusan pada 9.13 pagi," katanya ketika dihubungi menerusi WhatsApp.

Berdasarkan maklumat Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi (BPPTKG) Yogyakarta, letusan pada pada 9.13 pagi berlaku selama 328 saat, dan abu letusan berwarna kelabu dilihat menjulang sehingga 6,000 meter.

Sementara letusan kedua dengan amplitud 74 milimeter berlaku dalam jangka masa 100 saat, namun ketinggian abu tidak dinyatakan.

Sehingga kini, BPPTKG Yogyakarta masih menetapkan status Gunung Merapi pada tahap waspada.

BPPTKG Yogyakarta masih menetapkan radius bahaya berada pada jarak tiga kilometer dari puncak Gunung Merapi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Jun 2020 @ 2:53 PM