PETUGAS kesihatan menyuntik vaksin Covid-19 dalam program vaksinasi di Banda Aceh. FOTO EPA
PETUGAS kesihatan menyuntik vaksin Covid-19 dalam program vaksinasi di Banda Aceh. FOTO EPA
AFP

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa mendedahkan 500,000 kematian akibat Covid-19 direkodkan sejak tercetusnya varian Omicron.

Seorang pengurus di WHO, Abdi Mahamud berkata, 130 juta kes dan 500,000 kematian direkodkan di seluruh dunia, sejak Omicron diisytiharkan sebagai varian membimbangkan (VOC) pada akhir November.

Sejak itu, ia telah mengatasi Delta dengan pantas sebagai varian Covid yang dominan di dunia kerana ia lebih mudah berjangkit, walaupun nampaknya menyebabkan penyakit yang kurang teruk.

"Ketika vaksin menunjukkan keberkesanan, setengah juta orang maut dan ia benar-benar sesuatu.

"Walaupun semua mengatakan Omicron lebih ringan, mereka terlupa bahawa setengah juta orang maut sejak ia dikesan. Ia sangat tragis,"katanya.

Dalam pada itu, Ketua Teknikal Covid-19 WHO, Maria Van Kerkhove berkata, jumlah kes Omicron adalah mengejutkan.

Katanya, angka sebenar kes dan kematian akan jauh lebih tinggi daripada yang diketahui.

"Kita masih di tengah-tengah wabak ini. Saya harap kita semakin hampir ke penghujungnya. Banyak negara belum melepasi puncak jangkitan Omicron," katanya.

Van Kerkhove mengakui amat bimbang kerana jumlah kematian meningkat selama beberapa minggu berturut-turut.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Februari 2022 @ 10:02 AM