FUMIO Kishida. FOTO AFP
FUMIO Kishida. FOTO AFP
AFP

Tokyo: Jepun memperketat kawalan sempadan, dengan mengharamkan kemasukan semua pengembara asing, susulan penularan varian Covid-19 Omicron.

Ia diumumkan Perdana Menteri Fumio Kishida, pada Isnin.

"Kita akan mengharamkan kemasukan pengembara asing mulai 30 November," katanya kepada pemberita.

Sempadan Jepun ditutup hampir sepenuhnya untuk pengembara asing ketika pendemik, dengan pada satu ketika, penduduk negara itu tidak boleh memasuki semula negara berkenaan.

Pada November, kerajaan mengumumkan ia melonggarkan peraturan dengan membenarkan pengembara perniagaan untuk tempoh lawatan jangka masa pendek, pelajar antarabangsa dan pemegang visa lain untuk memasuki negara.

Bagaimanapun, pada masa itu, ia kekal tidak membenarkan kemasukan pelancong.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 November 2021 @ 1:11 PM