Kakitangan menyembur cecair disinfektan dalam bas bagi mengekang penularan Covid-19 di Yantai, wilayah Shandong, China. - FOTO AFP
Kakitangan menyembur cecair disinfektan dalam bas bagi mengekang penularan Covid-19 di Yantai, wilayah Shandong, China. - FOTO AFP
AFP

Beijing: China meletakkan bandar ketiga di bawah perintah berkurung selepas Beijing kini mengejar sifar kes Covid-19 menjelang Olimpik Musim Sejuk.

Minggu ini, Beijing meletakkan bandar Lanzhou dan Ejin di bawah perintah berkurung dan kini, ia mula melaksanakan peraturan sama untuk Heihe di wilayah Heilongjiang selepas ia mengesan satu kes baru.

Pihak berkuasa di bandar berkenaan yang terletak berhampiran sempadan Rusia turut mula melakukan ujian ke atas 1.6 juta penduduk selain mengesan kontak rapat individu yang dijangkiti.

Media tempatan melaporkan, perkhidmatan bas dan teksi dihentikan selain kenderaan awam tidak dibenarkan meninggalkan bandar itu.

China melaporkan 23 kes tempatan hari ini, lebih rendah berbanding angka semalam, satu petanda bahawa tindakan yang diambil mungkin membuahkan hasil.

Lanzhou yang diletakkan di bawah sekatan sejak Selasa lalu merekodkan satu kes baru manakala, Ejin (tujuh kes).

Puluhan ribu penduduk lagi diletakkan di bawah sekatan pergerakan bersasar di beberapa bandar, termasuk Beijing.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Oktober 2021 @ 5:50 PM