FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

Mumbai: Seorang pemilik anjing sanggup menempah keseluruhan pesawat kelas penerbangan Air India bagi membolehkan haiwan peliharaannya itu merasai pengalaman perjalanan dengan mewah.

Times Now News melaporkan, anjing itu menaiki penerbangan Air India AI-671 pada awal pagi Rabu.

Pemiliknya membelanjakan lebih 2.5 lakh rupee (kira-kira RM14,231) untuk penerbangan yang mengambil masa selama dua jam dari Mumbai ke Chennai.

Tambang untuk tempat duduk kelas perniagaan dalam penerbangan Air India Mumbai-Chennai adalah kira-kira 20,000 rupee (kira-kira RM1,132).

"Kabin kelas J di pesawat Air India A320 memiliki 12 tempat duduk, jadi anak anjing comel itu terbang mewah," kata sumber itu kepada TOI.

Anjing pernah berada ke kelas perniagaan Air India sebelum ini, namun ini mungkin pertama kali seluruh kabin perniagaan ditempah khas untuk haiwan kesayangan.

Difahamkan, Air India adalah satu-satunya syarikat penerbangan di India yang membenarkan haiwan peliharaan dibawa masuk dalam kabin penumpang.

Maksimum dua haiwan peliharaan dibenarkan dalam penerbangan dan perlu duduk di barisan terakhir kelas yang ditempah.

Dalam tempoh Jun hingga September tahun lalu, Air India menerbangkan 2,000 haiwan peliharaan dalam penerbangan domestiknya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 September 2021 @ 5:02 PM