MESEJ yang tular daripada juruterbang meminta kakitangan menegur penumpang yang menyusukan kucingnya.
MESEJ yang tular daripada juruterbang meminta kakitangan menegur penumpang yang menyusukan kucingnya.
Agensi

Washington: Seorang penumpang melakukan aksi pelik dalam satu penerbangan dengan menyusukan kucing dan enggan meletakkan haiwan itu di dalam sangkar.

The Sun melaporkan, berdasarkan mesej yang kini tular daripada juruterbang, wanita itu terus menyusukan kucingnya.

Ia walaupun kru kabin berulang kali merayu wanita itu untuk tidak berbuat demikian kabin.

Penumpang penerbangan Delta Air DL1360 ke Atlanta dilaporkan menyaksikan aksi wanita itu yang terlalu menyayangi haiwan peliharaannya.

Oleh kerana wanita itu tidak akan meletakkan haiwan peliharaannya kembali ke dalam bekas kucing, juruterbang meminta pasukan darat Delta Redcoat bertemu penumpang itu selepas mendarat untuk menegurnya.

Mesej Aircraft Communications Addressing and Reporting System, dilaporkan daripada kru penerbangan, berbunyi: "Req Redcoat bertemu AC Pax (penumpang) di (tempat duduk) 13A sedang menyusukan kucing dan tidak akan memasukkan kucing kembali ke dalam sangkar apabila diminta oleh FA (kru)."

Syarikat penerbangan Amerika itu mengalami lonjakan 84 peratus dalam insiden berkaitan haiwan dalam beberapa tahun kebelakangan ini memaksa mereka mengetatkan peraturan.

Tetapi, tidak seperti kes ini, biasanya haiwan itu bertindak dan bukannya pemiliknya.

Peraturan menyatakan penumpang dibenarkan membawa anjing dan kucing mereka di dalam ruang kabin, tetapi mesti berada dalam kotak di bawah tempat duduk di hadapan sepanjang penerbangan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Disember 2021 @ 3:52 PM