GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

Ahmedabad: Sekurang-kurangnya 12 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah hospital di Bharuch, Gujarat, negeri barat India.

Media tempatan melaporkan, ketika kejadian, ada 50 pesakit lain di hospital empat tingkat berkenaan.

Press Trust of India yang memetik pegawai polis tempatan berkata, kebakaran bermula jam 1 pagi.

Ia adalah kejadian terbaru membabitkan kebakaran di hospital yang mengorbankan pesakit Covid-19.

Pada 23 April lalu, sebuah hospital di Maharashtra, terbakar menyebabkan 13 pesakit Covid-19 meninggal dunia.

Beberapa hari selepas itu, satu lagi kebakaran di sebuah klinik di negeri sama menyebabkan 22 orang meninggal dunia.

Bulan lalu, 22 pesakit Covid-19 di sebuah hospital di negeri sama meninggal dunia selepas gangguan pada bekalan oksigen kerana insiden kebocoran gas itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Mei 2021 @ 11:16 AM