PETUGAS memindahkan pesakit dari hospital berkenaan. FOTO EPA
PETUGAS memindahkan pesakit dari hospital berkenaan. FOTO EPA
AFP

Mumbai: Tiga belas pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat kebakaran di sebuah hospital di luar Mumbai, pada awal pagi Jumaat.

Jurucakap bomba berkata, ketika kejadian, ada 17 pesakit di dalam unit rawatan rapi (ICU) Hospital Vijay Vallabh di Vasai-Virar, Maharashtra.

Menurutnya, 13 pesakit meninggal dunia, manakala bakinya dipindahkan ke fasiliti kesihatan lain.

Ia adalah insiden terbaru di India yang kini bergelut dengan peningkatan kes Covid-19.

Situasi itu menyebabkan kekurangan bekalan oksigen dan katil di hospital di negara itu.

Dua hari sebelumnya, 22 pesakit Covid-19 meninggal dunia di sebuah hospital di negeri sama.

Ia selepas gangguan pada ventilator akibat kebocoran pada sistem penyaluran oksigen.

Selain itu, empat pesakit meninggal dunia selepas sebuah hospital swasta terbakar di Maharashtra, awal bulan ini.

Bulan lalu, satu kebakaran di sebuah klinik di Mumbai menyebabkan 11 orang maut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 April 2021 @ 3:41 PM