KELUARGA dan penduduk setempat berkumpul di rumah keluarga seorang kru kapal selam KRI Nanggala-402 (kanan) untuk tahlil. FOTO Kompas dan EPA.
KELUARGA dan penduduk setempat berkumpul di rumah keluarga seorang kru kapal selam KRI Nanggala-402 (kanan) untuk tahlil. FOTO Kompas dan EPA.
Agensi

Surabaya: Sejak Khamis lalu, rumah keluarga Ady Sonata iaitu seorang daripada 53 kru kapal selam KRI Nanggala-402 di Blitar, Jawa Timur tidak pernah sunyi daripada bacaan ayat suci al-Quran dan doa tahlil.

Disertai keluarga dan masyarakat setempat, bacaan itu dialun selama dua ke tiga jam sebelum azan Maghrib berkumandang, dan akan dilaksana setiap hari sepanjang operasi pencarian berlangsung.

Menurut seorang penduduk dikenali Slamet yang ditemui Kompas semalam, kehadirannya di rumah Toha, bapa Ady atas jemputan keluarga itu.

"Keluarga Sona (Ady Sonata) menjemput jemaah untuk bacaan doa dan sejak Khamis kami sudah bertahlil di sini.

"Kami berdoa kepada Allah dan mendoakan keselamatan buat Ady," katanya yang memberitahu tahlil akan dibuat secara berterusan hingga nasib Ady diketahui.

Bagaimanapun, Toha tiada di kediaman itu kerana berada di Surabaya untuk mengikuti perkembangan pencarian dan menunggu bersama isteri Ady.

Menggantikannya selaku tuan rumah adalah kakak ipar Toha yang tinggal bersebelahan kediaman berkenaan.

Sepupu Ady, Widya Ayu Retnowulan berkata, keluarga mereka sangat berharap Ady dan kapal selam KRI Nanggala 402 ditemui.

"Apa yang boleh kami lakukan hanyalah berdoa semoga KRI Nanggala-402 segera ditemukan dan Ady serta seluruh anak kapal selamat," katanya.

Dia turut memberitahu, berita kehilangan kapal selam itu diketahui mereka pada petang Rabu, sebelum Toha bergegas ke Surabaya untuk bersama menantunya di kuarters Angkatan Laut, Tentera Indonesia (TNI).

Berita berkaitan:

  • Panglima TNI yakin KRI Nanggala-402 tidak meletup
  • Status KRI Nanggala-402 diubah dari 'submiss' kepada 'subsunk'
  • Ada bahagian dalam KRI Nanggala-402 tidak akan dimasuki air
  • Serpihan KRI Nanggala-402 ditemui [METROTV]
  • Anak kru KRI Nanggala-402 larang bapa pergi kerja
  • KRI Nanggala 402 bukan insiden pertama babit kapal selam2
  • Doakan kru KRI Nanggala 402
  • P-8 Poseidon tiba, bantu cari KRI Nanggala 402
  • Tentera kesan isyarat objek kemagnetan tinggi

  • AS hantar aset bantu pencarian kapal selam Indonesia
  • Bekalan oksigen ada 72 jam lagi
  • Kapal selam Indonesia hilang
  • Kesan tumpahan minyak
  • TLDM bantu pencarian kapal selam Indonesia
  • Serpihan KRI Nanggala-402 ditemui
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 April 2021 @ 11:58 AM