Panglima TNI yakin KRI Nanggala-402 tidak meletup. FOTO AFP
Panglima TNI yakin KRI Nanggala-402 tidak meletup. FOTO AFP
Agensi

Jakarta: Panglima Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto menyatakan bahawa pihaknya yakin kapal selam KRI Nanggala-402 tidak meletup sebaliknya hanya mengalami keretakan dan tenggelam ke dasar laut.

"Ia tidak meledak (meletup). Jika meledak sudah pasti hancur semuanya dan bunyi letupan pasti kedengaran.

"Mungkin ia berdepan masalah keretakan," katanya dalam sidang media hari ini.

Ketua Angkatan Laut (KSAL) Laksamana Yudo Margono berkata, pasukan mencari dan menyelamat masih belum dapat memastikan keadaan kru kapal berkenaan.

"Setakat ini, mereka hanya berjaya menjumpai serpihan dan beberapa barangan dipercayai dari kapal itu.

"Setakat ini, kita juga tidak boleh memastikan berapa jumlah mereka yang terkorban kerana belum bertemu walau satu mangsa pun," katanya.

Dalam sidang media sama, Yudo menjelaskan bahawa terdapat bahagian dalam KRI Nanggala-402 yang kedap udara dan tak akan dimasuki air, walaupun berlaku keretakan dalam kapal itu.

Beliau meletakkan harapan tinggi agar kru sempat sempat menutup bahagian itu dan berjaya bertahan hingga saat ini walaupun kapal selam itu masih belum ditemukan.

"Ada kemungkinan kapal itu sudah dimasuki air namun, ada bahagian dalam kabin selamat daripada dimasuki air.

"Ada bahagian tertentu di dalam kapal berkenaan yang dilengkapi pintu kedap.

"Jika kru sempat menutup bahagian itu, ada kebarangkalian mereka selamat," katanya.

Berita berkaitan:

  • Doakan kru KRI Nanggala 402
  • P-8 Poseidon tiba, bantu cari KRI Nanggala 402
  • Tentera kesan isyarat objek kemagnetan tinggi

  • AS hantar aset bantu pencarian kapal selam Indonesia
  • Bekalan oksigen ada 72 jam lagi
  • Kapal selam Indonesia hilang
  • Kesan tumpahan minyak
  • TLDM bantu pencarian kapal selam Indonesia
  • Serpihan KRI Nanggala-402 ditemui
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 April 2021 @ 10:04 PM