EDY menunjukkan potret anaknya, Leftenan Pertama Muhammad Imam Adi yang bertugas dalam kapal selam KRI Nanggala-402. FOTO AFP.
EDY menunjukkan potret anaknya, Leftenan Pertama Muhammad Imam Adi yang bertugas dalam kapal selam KRI Nanggala-402. FOTO AFP.
AFP

Bali: Sebalik pelbagai pendedahan mendukacitakan mengenai KRI Nanggala-402, ahli keluarga 53 kru kapal selam itu masih berharap ada khabar gembira buat mereka.

Ia termasuklah mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR), walaupun peluang untuk mereka ditemui bernyawa tipis.

Seorang daripada waris yang tidak putus mengharapkan penemuan itu adalah keluarga Leftenan Pertama Muhammad Imam Adi, 29.

"Ketika ini harapan saya adalah mahu anak saya dan semua kru kapal selam ditemui.

"Anak saya mengimpikan menjadi tentera sejak masih kecil lagi. Itu adalah impiannya," kata bapa Muhammad Imam Adi, Edy Sujianto berasal dari Jawa.

KRI Nanggala-402 hilang sejak Rabu lalu ketika menjalani latihan dengan torpedo di perairan ini dan pihak berkuasa mengumumkan bekalan oksigen dalam kapal selam itu hanya bertahan tiga hari, berakhir semalam.

Pencarian yang dibantu pelbagai negara setakat ini menemui lokasi tumpahan minyak dipercayai lokasi kapal selam itu, selain beberapa serpihan, antaranya pelurus tabung peluru torpedo, paip pendingin serta botol berwarna oren mengandungi minyak pelincir selain sejadah dipercayai milik kru.

Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI-AL) yang mengesahkan penemuan itu mengumumkan penukaran status KRI Nanggala-402 daripada 'submiss' (kapal selam hilang) kepada 'subsunk' (kapal selam karam).

Presiden Indonesia Joko Widodo mengulas insiden itu, menggambarkan semua 53 kru KRI Nanggala-402 sebagai 'patriot terbaik negara'.

"Seluruh Indonesia melahirkan kesedihan susulan insiden ini terutama kepada keluarga kru kapal selam," katanya.

Berita berkaitan:

  • Tumpu usaha kesan kedudukan tepat KRI Nanggala-402
  • Tahlil berterusan di rumah waris kru KRI Nanggala-402
  • Panglima TNI yakin KRI Nanggala-402 tidak meletup
  • Status KRI Nanggala-402 diubah dari 'submiss' kepada 'subsunk'
  • Ada bahagian dalam KRI Nanggala-402 tidak akan dimasuki air
  • Serpihan KRI Nanggala-402 ditemui [METROTV]
  • Anak kru KRI Nanggala-402 larang bapa pergi kerja
  • KRI Nanggala 402 bukan insiden pertama babit kapal selam2
  • Doakan kru KRI Nanggala 402
  • P-8 Poseidon tiba, bantu cari KRI Nanggala 402
  • Tentera kesan isyarat objek kemagnetan tinggi
  • AS hantar aset bantu pencarian kapal selam Indonesia
  • Bekalan oksigen ada 72 jam lagi
  • Kapal selam Indonesia hilang
  • Kesan tumpahan minyak
  • TLDM bantu pencarian kapal selam Indonesia
  • Serpihan KRI Nanggala-402 ditemui
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 April 2021 @ 3:33 PM