KEADAAN di lokasi kejadian. FOTO AFP
KEADAAN di lokasi kejadian. FOTO AFP
AFP

Bangkok: Sekurang-kurangnya empat maut selepas sebuah bangunan kediaman yang sebelum itu terbakar, runtuh.

Mangsa terdiri daripada tiga anggota penyelamat dan seorang penghuni bangunan, manakala ada mangsa lain yang terperangkap di celah runtuhan.

Kediaman itu adalah rumah tiga tingkat yang terletak di kejiranan mewah dengan kawalan keselamatan di barat Bangkok.

Terdahulu, pasukan penyelamat dikejarkan ke lokasi selepas menerima maklumat mengenai kebakaran pada 6 pagi.

Kira-kira 7 pagi, ketika pasukan penyelamat melakukan pergerakan di dalam bangunan itu sebelum ia tiba-tiba runtuh.

"Punca runtuhan masih belum diketahui. Api mungkin menjadi penyebab ruangan dalam kediaman itu runtuh," kata ketua pasukan penyelamat, Jiratthikorn Banjongkit.

Beliau berkata, mungkin terdapat lima mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan.


Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 April 2021 @ 5:53 PM