Auckland dikenakan sekatan pergerakan mulai esok. FOTO ANGENSI
Auckland dikenakan sekatan pergerakan mulai esok. FOTO ANGENSI
AFP

Wellington: Perdana Menteri, Jacinda Ardern mengarahkan bandar terbesar New Zealand diletakkan dalam sekatan pergerakan selepas mengesan kes baharu jangkitan Covid-19 dalam komuniti.

Sekatan di Auckland akan dilaksanakan sekurang-kurangnya selama tujuh hari.

Ardern berkata, kes baharu itu tidak boleh dikaitkan dengan kes positif lain yang dikesan dalam tempoh dua minggu, walaupun ia dikaitkan dengan sekolah di selatan Auckland.

Bermula esok, 1.7 juta penduduk perlu berada di rumah kecuali untuk urusan penting dan kerja.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Februari 2021 @ 6:35 PM