PASUKAN keselamatan memeriksa salah satu lokasi kejadian letupan bom berkenaan. FOTO EPA
PASUKAN keselamatan memeriksa salah satu lokasi kejadian letupan bom berkenaan. FOTO EPA
Agensi

Kabul: Sekurang-kurangnya lima orang, termasuk dua anggota polis dan wanita terbunuh, selepas tiga letupan bom menggegarkan ibu negara Afghanistan.

Agensi berita Xinhua melaporkan jurucakap rasmi polis tempatan mengesahkan serangan itu menyasarkan tiga kereta.

Kejadian ketika waktu puncak pada pagi.

Letupan pertama dilaporkan pada 8 pagi disusuli letupan kedua, kira-kira 15 minit kemudian.

Letupan ketiga pula dilaporkan di barat Kabul pada 10.20 pagi.

Ia dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri (IED)

Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Februari 2021 @ 5:50 PM