ANTARA jemaah yang hadir pada solat solat Tarawih berjemaah di Times Square. FOTO AFP
ANTARA jemaah yang hadir pada solat solat Tarawih berjemaah di Times Square. FOTO AFP
AFP

New York: Lebih 100 orang Islam berkumpul di Times Square di sini, pada Ahad, untuk menyambut permulaan Ramadan, dengan sebahagiannya mempamerkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti terhadap penduduk Gaza.

Mereka menunaikan solat Tarawih, belakangkan papan iklan LED terang yang menerangi mercu tanda Manhattan itu.

"Adalah bagus untuk datang ke sini sebagai orang Islam. Saya melihat orang Islam dari merata-rata tempat.

"Saya terkejut, ini kali pertama saya ke sini. Saya mahu datang dan melihat masyarakat," kata salah seorang jemaah, Salman Al-Hanafy, 20, yang juga pengendali forklift dari Kaherah. Dia memakai jubah putih.

ANTARA jemaah Mereka menunaikan solat Tarawih, belakangkan papan iklan pengiklanan LED terang yang menerangi mercu tanda Manhattan itu. FOTO AFP
ANTARA jemaah Mereka menunaikan solat Tarawih, belakangkan papan iklan pengiklanan LED terang yang menerangi mercu tanda Manhattan itu. FOTO AFP

Mereka berkumpul untuk solat berjemaah itu walaupun dalam keadaan sejuk dan berangin. Ada yang menyanyikan lagu nasyid, manakala kanak-kanak membaca Al-Quran dan orang ramai ditawarkan dengan salinan kitab suci itu.

"Ramai yang suka berminat dengan al-Quran, kita hampir kehabisan terjemahan al-Quran dalam Bahasa Perancis. Ia menjelaskan kepentingan berpuasa pada Ramadan," kata Ahmad Yasar, 20, pelajar teknologi maklumat (IT) ketika pasukannya mengedarkan salinan kitab suci itu.

Sempena program itu, penganjur turut menayangkan solat itu pada layar putih.

JEMAAH yang hadir turut membaca al-Quran. FOTO AFP
JEMAAH yang hadir turut membaca al-Quran. FOTO AFP

Yasar berkata, solat berjemaah adalah penting untuk meningkatkan kesedaran dan menunjukkan kepada orang ramai apa yang berlaku di seluruh dunia termasuk di Gaza.

Kelihatan bendera Palestin terpampang pada topi Yasar, manakala seorang kanak-kanak lelaki berkerusi roda elektrik turut mengibarkan sepanduk.

Bandar ini menjadi tempat untuk puluhan protes, beberapa daripadanya adalah pro-Palestin dan yang lain adalah pro-Israel, sejak serangan 7 Oktober ke atas Israel oleh pejuang Hamas.

Serangan Hamas ke atas Israel selatan mengakibatkan kematian kira-kira 1,160 individu, kebanyakannya orang awam,

Sementara serangan Israel membunuh sekurang-kurangnya 31,045 orang di Gaza, majoriti wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan wilayah itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mac 2024 @ 12:24 PM