FOTO menunjukkan telefon bimbit berkenaan. FOTO Agensi
FOTO menunjukkan telefon bimbit berkenaan. FOTO Agensi
Agensi

Los Angeles: Menakjubkan apabila satu telefon bimbit ditemukan masih dalam keadaan baik selepas tercampak keluar dari pesawat Alaska Airline, pada ketinggian 4876.8 meter.

Bloomberg melaporkan, telefon bimbit itu ditemukan dalam keadaan tidak berkunci dan masih mempunyai hayat bateri berjam-jam di pinggir jalan Portland, Oregon, menurut catatan di X oleh pengguna dikenali Seanathan Bates yang mendakwa menemukan peranti itu.

Skrin telefon bimbit itu menunjukkan e-mel daripada Alaska Airlines mengenai tuntutan bagasi untuk penerbangan itu, berdasarkan gambar dikongsikan oleh Bates.

Telefon itu berada dalam mod pesawat, kata Bates menerusi perkongsian video di TikTok.

"Ia masih cukup bersih, tiada calar padanya, (ia) ditemukan di kawasan semak," katanya.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) mengesahkan dalam satu taklimat pada Ahad bahawa satu telefon bimbit ditemukan di tepi jalan.

Dalam kes itu, satu-satunya bahagian yang kelihatan rosak adalah kord pengecas, manakala skrinnya masih utuh.

Hujung kord masih dipalamkan ke dalam telefon, tetapi kabel selebihnya tertanggal.

Pesawat Alaska Airlines itu terpaksa berpatah balik beberapa minit selepas berlepas, apabila panel tingkap tercabut selepas pesawat berlepas dari lapangan terbang.

Bagaimanapun, tiada seorang pun daripada 171 penumpang di dalam pesawat itu yang parah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 January 2024 @ 10:52 AM