RAKAMAN gambar Trump yang dikeluarkan Pejabat Sheriff Fulton County. FOTO Fulton County Sheriff's Office via Reuters
RAKAMAN gambar Trump yang dikeluarkan Pejabat Sheriff Fulton County. FOTO Fulton County Sheriff's Office via Reuters
Bernama-Sputnik

Atlanta: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang ditahan atas tuduhan campur tangan pilihan raya menegaskan beliau tidak melakukan kesalahan dan berhak mencabar pilihan raya 'tidak jujur', lapor Sputnik.

"Apa yang berlaku di sini (penahanan) adalah fitnah keadilan. Kami tidak melakukan kesalahan, saya tidak melakukan kesalahan.

"Semua orang tahu, saya tidak pernah mendapat sokongan sedemikian (menegakkan keadilan)," kata Trump sebelum menaiki pesawat di Atlanta pada Khamis selepas dibebaskan daripada penahanan itu.

"Kami mempunyai hak, setiap hak, untuk mencabar pilihan raya yang kami fikirkan tidak jujur."

Trump juga berkata, ia adalah cara pesaing politiknya berkempen dan menuduhnya campur tangan terhadap keputusan pilihan raya.

"Ia adalah hari yang sangat menyedihkan bagi AS, ini tidak sepatutnya berlaku," kata Trump.

"Saya fikir pilihan raya itu adalah pilihan raya yang curang (berlaku penipuan). Pilihan raya yang dicuri."

Pejabat Sheriff Fulton County mengeluarkan gambar penahanan Trump yang tersebar luas di media sosial.

Selepas dibebaskan dengan ikat jamin, Trump dijangka meninggalkan Atlanta sehingga sehingga perbicaraan mahkamah pertama dijalankan pada September depan.

Berikutan penahanan itu, Trump didakwa atas 13 pertuduhan kerana memberi tekanan ke atas pegawai tempatan dalam cubaan untuk campur tangan dalam Pilihan Raya Presiden 2020 di negeri itu.

Ia penahanan keempat terhadap bekas Presiden AS itu selepas Washington, New York dan Miami yang menyaksikan Trump dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan berkaitan rusuhan, memalsukan dokumen perniagaan dan pemilikan haram bahan sulit.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Ogos 2023 @ 11:33 AM