Polis mengawal lokasi kejadian tembakan di Monterey Park yang meragut sembilan nyawa. - FOTO Reuters
Polis mengawal lokasi kejadian tembakan di Monterey Park yang meragut sembilan nyawa. - FOTO Reuters
AFP

Monterey Park, Amerika Syarikat: Sembilan orang maut dalam satu tembakan besar-besaran di bandar yang didominasi warga Asia, di selatan California.

"Detektif Pembunuhan Daerah Los Angeles bertindak balas untuk membantu Jabatan Polis Monterey Park dengan siasatan kes tembak mati. Terdapat sembilan orang yang maut," kata satu kenyataan.

Taman berkenaan, kira-kira 13 kilometer dari timur pusat bandar Los Angeles, adalah pusat tumpuan sebilangan besar penduduk Asia.

Laporan mengatakan tembakan itu berlaku di tempat tarian sejam selepas sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Penduduk tempatan Wong Wei memberitahu Los Angeles Times rakannya berada di kelab tarian itu, dan berada di dalam bilik air apabila tembakan meletus.

Apabila dia muncul, dia melihat seorang lelaki bersenjata dan tiga mayat -- dua wanita dan seorang lagi yang dikatakan sebagai bos kelab itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 January 2023 @ 7:16 PM