Tangkap layar dari video yang tular di media sosial mengenai kejadian tembak di Monterey Park, California. - FOTO TNLA/Reuters
Tangkap layar dari video yang tular di media sosial mengenai kejadian tembak di Monterey Park, California. - FOTO TNLA/Reuters
Reuters

California: Polis sedang mengendalikan kejadian tembakan di Monterey Park, California dengan banyak mangsa terkorban pada malam Sabtu, lapor Los Angeles Times, memetik sumber penguatkuasa.

Tembakan berlaku selepas jam 10 malam (0600 GMT) di sekitar lokasi sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di Monterey Park, kata akhbar itu.

Tidak jelas berapa ramai orang yang telah cedera atau terbunuh, atau jika suspek masih bebas.

Rakaman yang disiarkan di media sosial menunjukkan orang yang cedera dibawa dengan pengusung ke ambulans oleh kakitangan kecemasan. Di sekitar tempat kejadian - dilaporkan berada di sebuah kelab malam - polis mengawal jalan raya.

"Kami berdukacita atas kehilangan orang tersayang malam ini di bandar jiran kami, Monterey Park, tempat kejadian tembakan besar-besaran," kata Pengawal Los Angeles City Kenneth Mejia di Twitter.

Puluhan ribu orang telah menghadiri perayaan itu pada awal hari berkenaan.

LA Times memetik pemilik restoran berhampiran sebagai berkata bahawa orang ramai yang mencari perlindungan di premisnya memberitahu terdapat seorang lelaki dengan mesingan di kawasan itu.

Seung Won Choi memberitahu akhbar itu bahawa dia percaya kejadian tembakan itu berlaku di sebuah kelab tarian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 January 2023 @ 6:42 PM