KEBAKARAN hutan merebak pantas di Siskiyou. FOTO Agensi
KEBAKARAN hutan merebak pantas di Siskiyou. FOTO Agensi
BERNAMA

Los Angeles: Kebakaran hutan yang merebak pantas di bandar Weed Utara California di daerah Siskiyou mengorbankan dua nyawa setakat ini, lapor Xinhua, memetik Syerif daerah Jeremiah LaRue pada Ahad.

LaRue bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kematian akibat kebakaran itu yang tercetus pada Jumaat serta mengakibatkan sekurang-kurangnya 50 kediaman musnah atau rosak dan memaksa ribuan penduduk berpindah.

Menurut data terbaharu Jabatan Perhutanan dan Pencegahan Kebakaran California Kebakaran Mill telah memusnahkan 4,254 ekar (17.2 kilometer (km) persegi) manakala 25 peratus lagi kawasan tidak terjejas.

Pada Ahad, anggota bomba di daerah Siskiyou terpaksa beralih tumpuan kepada Kebakaran Gunung yang mula tercetus pada Jumaat dan mengancam 690 struktur bangunan manakala 332 penduduk setempat telah dipindahkan.

Susulan itu Gabenor California Gavin Newsom pada Sabtu mengumumkan darurat di daerah Siskiyou.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2022 @ 1:19 PM