GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Reuters

MEXICO CITY: Enam belas banduan terbunuh dan lima cedera dalam pergaduhan di sebuah penjara di utara Mexico dalam keganasan terburuk di pusat penahanan negara itu sejak pelantikan Presiden Andres Manuel Lopez Obrador.

Kerajaan negeri berkata, kejadian di Cieneguillas, Zacatecas, itu tercetus kira-kira jam 2.30 petang Selasa dengan seorang banduan ditahan dengan senjata api manakala tiga lagi pistol ditemui di penjara berkenaan, selain sejumlah pisau.

Kerajaan kini melancarkan siasatan untuk memastikan mereka yang bertanggungjawab, selain menentukan bagaimana senjata berkenaan diseludup masuk ke penjara itu, kata satu kenyataan.

Langkah keselamatan juga akan dipertingkatkan di penjara di seluruh negeri, kata kerajaan.

Kerajaan itu mencalar lagi rekod Lopez Obrador, yang mengambil alih pucuk pimpinan pada Disember 2018 dengan berazam mengurangkan kadar keganasan. Sebaliknya, data terkini menunjukkan Mexico melihat keganasan melonjak pada 2019 mengatasi jumlah kematian tahun sebelumnya.

Penjara Mexico sudah sekian lama diselubungi keganasan. Pada 2017, sekurang-kurangnya 28 banduan terbunuh apapabila pergaduhan ganas tercetus di sebuah penjara di Acapulco.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 January 2020 @ 9:29 PM