KANAK-KANAK menyejukkan diri dengan bermain di air pancut di  Chicago, Illinois, AS, susulan gelombang haba. FOTO AFP
KANAK-KANAK menyejukkan diri dengan bermain di air pancut di Chicago, Illinois, AS, susulan gelombang haba. FOTO AFP
AFP

Ottawa: Sekurang-kurangnya 69 orang maut di Vancouver, Kanada ekoran gelombang haba yang melanda barat negara itu dan barat laut Pasifik Amerika Syarikat (AS) kata polis, pada Selasa.

Majoriti mereka yang maut di Burnaby dan Surrey dalam tempoh 24 jam itu adalah warga emas yang mempunyai rekod kesihatan, kata Polis Diraja Kanada (RCMP).

Beberapa majlis perbandaran tempatan juga memaklumkan mereka menerima panggilan kematian mengejut ,sejak Isnin, namun tidak menjelaskan jumlah keseluruhan.

"Walaupun masih dalam siasatan namun gelombang haba dipercayai menjadi punca utama kematian," kata Koperal Michael Kalanj dalam kenyataan.

Perubahan iklim menyebabkan suhu sentiasa bertukar dan secara keseluruhan suhu tertinggi yang direkodkan adalah dalam tempoh lima tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Jun 2021 @ 9:41 AM