PENDATANG haram memanjat pagar untuk memasuki AS dari Ciudad Juarez, Mexico.
PENDATANG haram memanjat pagar untuk memasuki AS dari Ciudad Juarez, Mexico.
Agensi

Washington: Gelombang migran yang melintasi Mexico ke sempadan Amerika Syarikat (AS) bukan hanya krisis kemanusiaan bahkan satu perniagaan pemerdagangan manusia bernilai bilion dolar yang didalangi oleh kartel dadah.

Laporan tahun 2018 oleh Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Laporan tahun 2018 oleh menganggarkan pendapatan tahunan yang dihasilkan oleh penyeludupan migran darat ke Amerika Utara mencecah AS$4.2 bilion (kira-kira RM17.3 bilion) daripada jumlah keseluruhan aktiviti itu pada peringkat global iaitu AS$7 bilion (kira-kira RM28.8 bilion).

Kegiatan itu ibarat satu jenayah terancang yang lain, lazimnya dikendalikan oleh kartel dadah kuat Mexico walaupun hubungan pertama dalam rantaian itu mungkin jiran pendatang yang kebanyakannya adalah orang Amerika Tengah.

Sikap antipendatang bekas presiden AS, Donald Trump gagal menghentikan kegiatan pemerdagangan manusia.

Seorang migran, Juan Macias, 35, yang melarikan diri daripada kemiskinan mengaku membayar kira-kira AS$7,000 (kira-kira RM28, 847) Mac lalu ke rangkaian penyeludupan selepas meminjam wang daripada saudara mara.

Menurut Macias, dia berurusan dengan lapan ejen pemerdagangan manusia yang berlainan ketika dalam perjalanan bersama 30 pendatang lain.

"Mereka bekerja melalui organisasi dan dipanggil pemandu, berada di perbatasan.

"Setiap pengedar memberi saya kod rahsia untuk meneruskan perjalanan dari satu penyeludup ke penyeludup lain," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Mei 2021 @ 6:31 AM