MANGSA yang diselamatkan. FOTO US Coast Guard District 7
MANGSA yang diselamatkan. FOTO US Coast Guard District 7
Agensi

Washington: Dua lelaki dan seorang wanita yang terkandas di sebuah pulau tidak berpenghuni di Bahamas selama 33 hari berjaya diselamatkan.

Penjaga Pantai Amerika Syarikat (AS) mengatakan ketiga-tiganya dikenal pasti warga Cuba.

BBC melaporkan penjaga Pantai AS sedang melakukan rondaan harian di kepulauan itu.

Ketika itu penjaga Pantai AS melihat ketiga-tiga mereka di Pulau Anguilla Cay, Bahamas mengibarkan bendera kecemasan.

Ketiga-tiga memberitahu petugas mereka bertahan dengan memakan kelapa.

Seorang petugas melahirkan berasa kagum terhadap ketiga-tiganya yang bertahan dalam tempoh lama sebelum diselamatkan.

Mereka individu pertama dilihat 'menghuni' pulau yang terletak antara Florida Keys dan Cuba.

Seorang penjaga pantai, Riley Beecher memberitahu BBC ketika sedang meronda menggunakan pesawat, dia melihat sesuatu yang menarik perhatiannya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Februari 2021 @ 7:45 AM