FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AFP

Nassau: Seorang wanita warga Amerika Syarikat (AS) maut selepas diserang jerung ketika melakukan aktiviti selam snorkel (snorkeling) bersama ahli keluarga di Bahamas.

Menurut pihak berkuasa, mangsa berusia 58 tahun dari Pennsylvania.

"Mangsa diserang di perairan Green Cay, berhampiran ibu negara, Nassau," katanya.

Mangsa dan empat ahli keluarganya tiba di Bahamas ketika mengikuti pelayaran tujuh malam di kapal persiaran Royal Caribbean International, Harmony of the Seas.

Dia kemudian menyertai aktiviti selam snorkel berkenaan.

Pada 2019, wanita muda AS meninggal dunia selepas diserang tiga jerung ketika melakukan selam skuba di lokasi sama di Bahamas.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2022 @ 9:58 AM