CHRIS Cline bersama anak perempuannya maut dalam nahas helikopter di Bahamas.
CHRIS Cline bersama anak perempuannya maut dalam nahas helikopter di Bahamas.
Agensi

WASHINGTON: Tujuh orang termasuk jutawan lombong arang batu, Chris Cline dan anak perempuannya maut dalam nahas helikopter di Bahamas, pagi semalam.

Cline yang bercinta dengan Elin Nordegren, bekas isteri pemain golf Tiger Woods meninggal dunia sehari sebelum menyambut ulang tahun ke-61.

Polis Bahamas dalam satu kenyataan berkata, mangsa dalam perjalanan dari Grand Cay, Bahamas ke Florida sebelum helikopter dinaiki terhempas di Lautan Atlantik.

Menurut Evening Standard, pihak berkuasa dan penduduk tempatan menemui lokasi nahas kira-kira tiga kilometer dari Grand Cay.

Anggaran nilai Cline selepas meninggal dunia adalah 1.43 bilion pound (RM7.42 bilion).

Pengasas empayar perlombongan arang batu Foresight Energy itu mempunyai empat anak dari dua perkahwinan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Julai 2019 @ 7:26 PM