FOTO menunjukkan kasut berselerakan di kedai itu. FOTO Twitter
FOTO menunjukkan kasut berselerakan di kedai itu. FOTO Twitter
Agensi

Lima: Tiga perompak di Peru melarikan 200 kasut hanya untuk kaki sebelah kanan.

Media termasuk BBC melaporkan, dalam rompakan jarang berlaku itu, penjenayah terbabit memecah masuk dalam kedai kasut di bandar Huancayo, Ahad lalu dengan melarikan 200 kasut.

Namun, peliknya semua kasut itu hanya untuk kaki kanan saja.

Rompakan itu bernilai AS$13,400 (kira-kira RM59,475), lapor akhbar Peru El Comercio pada Selasa lalu, memetik sebuah lagi kedai tempatan Diario Correo.

BBC melaporkan anggaran ini datang daripada pemilik kedai kasut yang tidak dinamakan itu.

Rakaman dari kamera keselamatan kedai merakam jenayah itu.

Ia menunjukkan pencuri memecahkan kunci selepas tiga kali percubaan kira-kira 3.30 pagi, pada Ahad lalu.

Mereka melarikan berkotak-kotak kasut termasuk jenama global terkenal dengan menaiki basikal roda tiga.

Ketua polis tempatan, Eduan Díaz berkata, pihaknya menyiasat dan mengumpul bukti di tempat kejadian.

"Perkara yang luar biasa tentang rompakan ini ialah kasut kaki kanan saja dicuri.

"Dengan rakaman dan cap jari, kami akan dapat mengesan individu itu," katanya kepada media Peru.

Pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang Huancayo, sedang menyiasat jenayah itu.

Dalam pada itu, ciapan El Comercio pada Selasa minggu lalu menunjukkan gambar kedai kasut yang tidak berselerakan itu selepas kejadian terbabit.

Ciapan itu meraih tontonan hampir 86,000 kali setakat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mei 2023 @ 11:34 AM