PASUKAN penyelamat di lokasi nahas. FOTO AFP
PASUKAN penyelamat di lokasi nahas. FOTO AFP
BERNAMA

Lima: Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh pada awal Isnin apabila bas yang mereka naiki tergelincir dari jalan raya dan terjunam 200 meter ke dalam gaung di wilayah Huancavelica di barat daya Peru, lapor media tempatan.

Kemalangan berlaku kira-kira 1.30 pagi waktu tempatan di kawasan pergunungan di wilayah Churcampa.

Mangsa maut termasuk kanak-kanak, menurut Xinhua memetik laporan penyiar Berita Radio Programas del Peru yang memetik kenyataan Rangkaian Kesihatan Bersepadu Churcampa.

Mereka yang cedera dibawa ke hospital di bandar Huancayo, Pampas dan Ayacucho.

Datuk Bandar daerah Anco, Manuel Zevallos, memberitahu stesen radio bahawa keadaan jalan raya itu tidak sempurna akibat runtuhan salji di kawasan itu, sejak sebulan lepas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 September 2023 @ 11:35 AM