LOKASI kejadian bot karam berlaku. FOTO Agensi
LOKASI kejadian bot karam berlaku. FOTO Agensi
AP

Kinshasa: Sekurang-kurangnya 145 orang dikhuatiri maut selepas bot yang sarat dengan muatan haiwan dan barangan karam di barat laut Congo.

Pihak berkuasa berkata, kira-kira 55 orang terselamat daripada insiden itu.

Bot berkenaan yang terbalik di Sungai Lulonga, berhampiran bandar Basankusu, malam Selasa lalu dilaporkan dalam perjalanan ke negara jiran.

Presiden kumpulan komuniti tempatan, Jean-Pierre Wangela berkata, nasib 145 orang yang hilang itu belum diketahui.

Katanya, muatan berlebihan punca kejadian itu berlaku, namun penduduk tiada pilihan pengangkutan lain.

Kematian akibat bot karam adalah perkara biasa di kawasan terpencil Congo kerana tiada akses perjalanan darat.

Kebanyakan penduduk tidak tahu berenang, malah operasi mencari dan menyelamat juga terhad.

Pada Oktober lalu, lebih 40 orang maut di Sungai Congo, wilayah Equateur akibat bot karam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2023 @ 9:26 AM