RAKAMAN video menunjukkan gajah merosakkan kereta dinaiki empat sekeluarga. FOTO Agensi
RAKAMAN video menunjukkan gajah merosakkan kereta dinaiki empat sekeluarga. FOTO Agensi
Agensi

Johannesburg: Sebuah keluarga yang melawat safari iSimangaliso, KwaZulu-Nata di Afrika Selatan, nyaris maut selepas kenderaan dinaiki mereka, dirosakkan gajah.

Kejadian itu berlaku ketika keluarga itu melawat safari berkenaan sebelum seekor gajah tiba-tiba naik minyak.

Ketika dalam perjalanan melawat sekitar safari, mereka terserempak dengan mamalia itu sebelum dihalang.

Gajah itu kemudian melibas belalainya sehingga kereta dinaiki keluarga itu rosak dan terbalik.

Keluarga yang terdiri daripada empat orang termasuk dua kanak-kanak itu bagaimanapun, tidak mengalami kecederaan serius.

Kejadian itu sempat dirakam menerusi video berdurasi 21 saat oleh pengguna jalan raya yang kebetulan melalui kawasan sama.

Pegawai taman itu mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan punca gajah itu bertindak ganas.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 January 2022 @ 9:52 AM