MAJORITI kematian berlaku di wilayah KwaZulu-Natal. FOTO AFP
MAJORITI kematian berlaku di wilayah KwaZulu-Natal. FOTO AFP
Reuters

DURBAN: Sekurang-kurangnya 60 orang maut dan lebih 1,000 lagi hilang tempat tinggal selepas hujan lebat menyebabkan banjir buruk di sepanjang pantai timur Afrika Selatan, kata pihak berkuasa semalam.

Majoriti kematian berlaku di wilayah KwaZulu-Natal. Banjir turut meragut tiga nyawa di wilayah berjiran Eastern Cape, kata penyiar SABC.

Hujan lebat melanda kawasan utama di sekitar bandar pelabuhan Durban. Perkampungan setinggan runtuh dalam banjir lumpur, kata jurucakap Perkhidmatan Perubatan Kecemasan KwaZulu-Natal, Robert McKenzie.

Pekerja penyelamat menggali runtuhan bangunan semalam mencari mangsa.

Presiden Cyril Ramaphosa melawat penduduk terjejas di KwaZulu-Natal semalam dan dijangka ke Eastern Cape beberapa hari lagi.

Pada minggu lalu, 13 terbunuh ketika Hari Easter di KwaZulu-Natal akibat ditimpa gereja yang runtuh selepas kawasan itu dilanda hujan lebat dan angin kencang.

Berita berkaitan

51 maut banjir buruk di Afrika Selatan

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 April 2019 @ 11:21 AM