TANGKAP layar daripada video menunjukkan serangan berkenaan.
TANGKAP layar daripada video menunjukkan serangan berkenaan.
Agensi

Cape Town: Pekerja sebuah zoo di Taman Buaya Creek di KwaZulu Natal, Afrika Selatan, nyaris maut selepas diserang seekor buaya.

Lebih dramatik apabila kejadian itu berlaku di hadapan puluhan pengunjung taman berkenaan, baru-baru ini.

Sean Le Clus yang juga penjaga haiwan diserang ketika sedang duduk di atas reptilia seberat 660 kilogram itu.

Lelaki berusia 68 tahun itu diserang buaya betina bernama July, dan seekor lagi bernama Hannibal.

Clus sudah menjaga Hannibal sejak lebih 30 tahun lalu, terpaksa bergelut dan menolak seekor buaya yang menggigit pahanya.

Selepas memusingkan badan, buaya itu menghempasnya ke lantai kandang, sebelum Clus melarikan diri dapat melepaskan diri dengan merangkak.

Sebelum kejadian, Clus baru sahaja memberi makan buaya betina dengan seekor ayam bagi menenangkannya.

Lelaki itu kemudian mula membuat persembahan dengan duduk di belakang Hannibal, sambil disaksikan penonton.

Dia kemudian menepuk belakang kepala haiwan itu, namun namun tidak menyedari buaya betina yang berada berhampiran tiba-tiba menyerangnya.

Lelaki itu menarik kakinya keluar dari mulut buaya betina, dan menolaknya dengan kayu sebelum bergegas turun dari Hannibal untuk tujuan keselamatan.

Penjaga haiwan itu sebelum ini pernah diserang buaya lain di bahagian kaki terpaksa berehat selama 11 bulan ekoran kecederaan yang dialami.

Kejadian itu mengejutkan pengunjung yang menjerit ketakutan dan semuanya kembali normal 20 minit kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 September 2022 @ 1:41 PM