DONALD Trump sebelum bertolak ke Pusat Perubatan Tentera Kebangsaan Walter Reed di Bethesda, Maryland. FOTO AFP
DONALD Trump sebelum bertolak ke Pusat Perubatan Tentera Kebangsaan Walter Reed di Bethesda, Maryland. FOTO AFP
BERNAMA

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggunakan ubat antiviral Remdesivir yang dibuat oleh syarikat biofarmaseutikal Gilead Sciences, sebagai rawatan Covid-19.

Agensi berita Xinhua melaporkan perkara itu berdasarkan kenyataan doktor di rumah putih, Sean Conley

Conley melalui memo menyatakan bahawa Trump yang berada di Pusat Perubatan Tentera Kebangsaan Walter Reed di Bethesda, Maryland sudah selesai mengambil dos pertamanya dan sedang berehat dengan selesa."

"Saya mengesyorkan supaya presiden dipindahkan ke Walter Reed pada hari Jumaat petang bagi pemantauan lebih lanjut oleh pakar dari hospital tentera dan Universiti Johns Hopkins

"Saya dengan senang hati melaporkan bahawa presiden dalam keadaan baik. Dia tidak memerlukan oksigen tambahan dan selepas rundingan dengan pakar, kami memilih untuk memulakan terapi Remdesivir," katanya.

Sementara itu Trump menciap pada malam Jumaat 'Berjalan baik, saya rasa! Terima kasih semua. Love!!! (Going well, I think! Thank you to all. LOVE!!!)

Trump pada awal pagi Jumaat mengumumkan bahawa beliau dan isterinya, Melania didapati positif Covid-19 sejurus selepas mengesahkan pembantunya dijangkiti virus itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Oktober 2020 @ 3:31 PM