PETUGAS perubatan memeriksa seorang wanita yang disyaki mempunyai simpton Covid-19 di Glen Burnie, Maryland. FOTO AFP
PETUGAS perubatan memeriksa seorang wanita yang disyaki mempunyai simpton Covid-19 di Glen Burnie, Maryland. FOTO AFP
Agensi

SERAMAI 399 individu maut akibat Covid-19 di Sepanyol dalam tempoh 24 jam.

AFP melaporkan, Sepanyol turut menyaksikan keseluruhan kes positif Covid-19 melepasi angka 200,000 dengan jumlah 200,210.

Sepanyol menjadi negara ketiga yang mencatatkan kes tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat (AS) dan Itali.

Sementara itu, Iran pula merekodkan 91 kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan yang maut adalah 5,209.

Sehingga kini, Iran mencatatkan 83,505 kes keseluruhan.

Dalam pada itu, berdasarkan data yang dikeluarkan Universiti Johns Hopkins, sehingga kini AS mencatatkan 759,786 kes positif Covid-19 dengan 40,683 kematian.

Manakala, Itali (178,972 kes), Perancis (154,098 kes), Jerman (45,743 kes) dan United Kingdom (121,173).

Di Asia Tenggara, Singapura mencatatkan 1,426 kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 8,014 kes termasuk 11 kematian.

Manakala, Indonesia melaporkan 185 kes jangkitan baharu dan lapan kematian hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 6,760 jangkitan dan 590 maut.

Filipina pula mencatatkan 200 kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 6,459.

Ia turut menyaksikan 19 kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah mangsa yang maut 428 orang.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2020 @ 7:40 PM