GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Kes jangkitan baharu Covid-19 terus mencatatkan empat angka apabila 2,232 kes dilaporkan hari ini dengan empat kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 138,224 kes dan kebolehjangkitan pula 28,554 kes.

Menurutnya, daripada jumlah itu 2,226 kes membabitkan tempatan dan enam lagi kes import.

"Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 557 kes. Daripada jumlah ini, sebanyak 404 kes (72.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

"Ini diikuti oleh Johor sebanyak 396 kes (17.7 peratus) dan Sabah sebanyak 374 kes (16.8 peratus).

"Sebanyak 194 kes (8.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Choh (157 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (20 kes), Kluster Tembok Gajah (12 kes), dan Kluster Pagar Siput (5 kes)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan bilangan kes sembuh Covid-19 1,006 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih 109,115 kes.

Tambah beliau, terdapat 187 kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 87 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, katanya, terdapat pertambahan empat kematian semalam menjadikan jumlah kumulatif kes kematian 555 kes.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2021 @ 7:44 PM