PETUGAS yang menjalankan upacara pengebumian. FOTO AFP
PETUGAS yang menjalankan upacara pengebumian. FOTO AFP
AFP

Jakarta: Jakarta melancarkan unit polis khas bagi membantu mengawal pengebumian mangsa Covid-19 selepas timbulnya kekecohan penduduk tempatan yang menghalang pengebumian dilakukan.

Langkah berkenaan diambil selepas berlakunya kekecohan di beberapa bandar di Sulawesi dan Jawa Tengah yang menyaksikan penduduk menghalang ambulans daripada membawa mangsa Covid-19 ke tanah perkuburan.

Unit dengan kekuatan 120 anggota itu akan mengawal mayat mangsa bermula dari hospital hinggalah ke kawasan perkuburan di mana mayat dibalut dengan plastik dan dikebumikan serta-merta.

Ketua unit berkenaan, Mokhamad Ngajib berkata, pihaknya sudah melihat kes yang berlaku di bandar lain dan tidak mahu kejadian sama di Jakarta.

“Atas sebab itu, unit ini ditubuhkan kerana kami tidak mahu insiden sama berlaku di Jakarta,” katanya.

Di Jakarta, dua kawasan perkuburan dikhaskan untuk mangsa Covid-19.

Katanya, mereka yang menghalang kakitangan perubatan dan mengganggu proses pengebumian boleh dipenjara sehingga setahun.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 April 2020 @ 7:42 PM