OWEN mencipta nama bersama Liverpool. FOTO Ezairi Shamsudin
OWEN mencipta nama bersama Liverpool. FOTO Ezairi Shamsudin
Agensi

London: Bekas bintang England yang sudah berkahwin, Michael Owen meminta seorang bintang realiti untuk memberikannya 20 keping gambar bogel dengan alasan dia mahu menilai wanita itu.

Bekas penyerang berusia 41 tahun itu menghantar beratus-ratus pesanan kepada bekas peserta Big Brother, Rebecca Jane, 36, termasuk perkataan berbaur lucah, dedah rakan Rebecca.

Owen yang kini menjadi pengkritik di BT Sport serta bekas pemain Liverpool, Man United, Real Madrid dan Newcastle, pernah secara terbuka mendedahkan kehidupan dan perkahwinannya, menulis autobiografi dan membuat penampilan di beberapa siri iklan televisyen.

Perlakuannya ke atas Rebecca yang juga ibu beranak dua, pastinya mengejutkan peminatnya yang melihat Owen sebagai contoh terbaik seorang bapa beranak empat.

Owen mula mengikuti Rebecca di Twitter pada 18 Mac. Rebecca adalah peserta Big Brother pada 2017.

Kedua-duanya saling menghantar pesanan dan Rebecca dikatakan sangat teruja dapat berhubung dengan bekas bintang bola sepak di zaman remajanya itu.

Bagaimanapun ia bertukar kepada pesanan berbaur seks bermula April lalu.

"Dia sangat teruja apabila mula saling membalas pesanan. Tidak lama selepas itu pesanan yang dihantar bertukar unsur lucah.

"Rebecca sedar dia sedang menggoda seorang lelaki yang sudah berkahwin tetapi tetap meneruskannya. Dia tahu orang akan menganggapnya sebagai perlakuan buruk tetapi dia seorang wanita bujang," kata rakan Rebecca.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Jun 2021 @ 11:58 AM