PEKERJA mengalihkan penghadang di jalan di Wuhan. FOTO China Daily/ Reuters
PEKERJA mengalihkan penghadang di jalan di Wuhan. FOTO China Daily/ Reuters
AFP

Beijing: China menarik balik sekatan perjalanan ke Hubei yang menjadi wilayah paling terjejas akibat penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19).

Pihak berkuasa mengumumkan perkara itu, kira-kira dua bulan selepas perintah berkurung dikuatkuasakan di wilayah berkenaan.

Wuhan, pusat tercetusnya penularan wabak itu berada di dalam wilayah berkenaan.

Mulai tengah malam ini, penduduknya yang sihat dibenarkan untuk meninggalkan wilayah berkenaan.

Bagaimanapun, bagi penduduk Wuhan, mereka hanya dibenarkan berbuat demikian pada 8 April.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2020 @ 1:47 PM