PIHAK penguasa Thailand kesan 13 kes.
PIHAK penguasa Thailand kesan 13 kes.
Agensi

Bangkok: Thailand mengeluarkan amaran baharu selepas 13 kes dikesan berlaku di kalangan sekumpulan rakan yang berkongsi rokok dan minuman keras.

Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatannya, Dr Sukhum Kanchanapimai berkata, kes kluster itu dikesan di kalangan kumpulan yang keluar berparti dan menikmati kehidupan malam di Bangkok.

“Ini adalah sikap tidak bertanggungjawab, berkongsi minuman, rokok dan meneruskan aktiviti sosial selepas pulang dari negara berisiko,” katanya.

Kumpulan berkenaan dikatakan bertemu di Bangkok pada 21, 27 dan 29 Februari lalu, lapor Thai PBS World.

Dr Sukhum berkata, mereka minum minuman keras menggunakan gelas yang sama dan berkongsi rokok serta berada di dalam bilik bertutup untuk tempoh yang lama.

Seorang daripada mereka sebelum itu pernah berada dalam kontak dengan pelancong Hong Kong.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mac 2020 @ 5:23 PM