KAKITANGAN menyembur penyembur pembasmi kuman di depan ibu pejabat Korean Air di Incheon, pada 25 Februari lalu. FOTO AFP/South Korea OUT
KAKITANGAN menyembur penyembur pembasmi kuman di depan ibu pejabat Korean Air di Incheon, pada 25 Februari lalu. FOTO AFP/South Korea OUT
Reuters

SEOUL: Seorang kru kapal Korean Air yang disahkan positif koronavirus baharu (Covid-19) sebelum ini bertugas dalam penerbangan antara Seoul dan Los Angeles.

Media tempatan melaporkan kru berkenaan terdahulu berkhidmat dalam penerbangan pesawat Korean Air KE958 dari Israel ke Incheon, pada 15 dan 16 Februari.

Penumpangnya termasuk kumpulan pelancong dari Korea Selatan dengan 31 daripadanya kemudian disahkan positif Covid-19.

Korea Air dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bekerjasama dengan pihak berkuasa berhubung perkara itu.

Ia termasuk menyerahkan butiran perjalanan kru berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Februari 2020 @ 9:31 AM