GAMBAR fail menunjukkan salji di Kutahya, Turki pada Disember lalu. FOTO Agensi
GAMBAR fail menunjukkan salji di Kutahya, Turki pada Disember lalu. FOTO Agensi
BERNAMA

Istanbul: Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan ada mangsa dikhuatiri terperangkap dalam insiden runtuhan salji di Van, wilayah timur Turki, lapor agensi berita Anadolu.

“Tujuh orang diselamatkan. Malangnya, lima lagi ditemui mati,” kata Gabenor Van Mehmet Emin Bilmez.

Kejadian berlaku di daerah Bahcesaray berikutan cuaca buruk dan sebuah bas mini yang sedang melalui lebuh raya Van-Bahcesaray turut terkena runtuhan salji.

Bilmez berkata, sekurang-kurangnya dua orang dipercayai terperangkap, misi mencari dan menyelamat masih dijalankan.

Dikelilingi kawasan pergunungan, daerah Bahcesaray sering mengalami musim sejuk yang melampau.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Februari 2020 @ 12:51 PM