Kawasan padang pasir di Gurun Sahara yang diliputi salji.
Kawasan padang pasir di Gurun Sahara yang diliputi salji.
Agensi

SALJI setebal sehingga 40 sentimeter meliputi sebahagian Gurun Sahara di Algeria selepas ribut salji yang dianggap ganjil, Ahad lalu.

Salji turun di bandar Ain Sefra dan kawasan sekitarnya itu adalah yang ketiga berlaku dalam tempoh 37 tahun menyebabkan tanah berpasir merah, hilang diganti dengan salji memutih.

Menurut Daily Mail, salji mula turun pada awal pagi Ahad lalu.

Jurugambar Karim Bouchetata berkata: “Kami terkejut apabila bangun mendapati salji masih turun. Liputan salji itu kekal hampir sepanjang hari sebelum cair sekitar 5 petang.”

Pada 2016, bandar itu yang digelar ‘Pintu Masuk Ke Gurun’ itu diliputi salji tebal pada hujung tahun menyebabkan kelam-kabut dengan penumpang terkandas dalam bas akibat jalan raya menjadi licin dan dipenuhi ais.

Sesetengah kawasan di Gurun Sahara diliputi salji tebal sejauh beberapa kilometer.
Sesetengah kawasan di Gurun Sahara diliputi salji tebal sejauh beberapa kilometer.

Pada Januari 2017, sekali lagi salji turun di bandar itu dan kekal agak lama hinggakan kanak-kanak boleh membina orang salji.

Salji sebelum itu turun di bandar berkenaan pada 18 Februari 1979 selama satu setengah jam.

menurut jurucakap jabatan meteorologi, udara sejuk bertiup ke Afrika Utara berikutan tekanan tinggi di Eropah yang menyebabkan cuaca sejuk pergi lebih jauh ke selatan berbanding kebiasaan.

Ain Sefra terletak kira-kira 1,000 meter dari paras laut dan di kelilingi pergunungan Atlas.

Walaupun cuacanya sejuk pada Januari dengan suhu enam hingga 12 darjah Celsius, namun tiada salji.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 January 2018 @ 7:32 PM