SEORANG wanita dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Dubai kerana memeras ugut. FOTO Agensi.
SEORANG wanita dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Dubai kerana memeras ugut. FOTO Agensi.
Agensi

Dubai: Merakam secara sembunyi aksi seksual sebelum memeras ugut pasangannya untuk menyebarkan video terlarang berkenaan.

Itu taktik kotor seorang wanita Maghribi yang dijatuhi hukuman penjara enam bulan di Dubai, kelmarin.

Lapor Gulfnews, wanita itu memeras ugut seorang individu terkenal dengan meminta bayaran 200,000 Dinar Bahrain (RM2.2 juta) supaya tidak menyebarkan video aksi hubungan terlarang mereka.

Hakim Mahkamah Dubai mendedahkan, pasangan terbabit berkenalan di aplikasi media sosial dinamakan Who’s Here sebelum bersetuju bertemu di Bahrain.

“Wanita itu memberitahu dia menetap di Emiriah Arab Bersatu (UAE), tetapi mahu ke Bahrain. Kami akhirnya bertemu dan berasmara,” menurut keterangan mangsa warga Bahrain berusia 39 tahun.

Pendakwa raya mendedahkan mahkamah, aksi hubungan intim itu direkod secara rahsia oleh wanita berusia 22 tahun itu menerusi kamera yang disorok dalam biliknya.

Selepas itu, wanita terbabit menghantar mesej ugutan menerusi WhatsApp kepada lelaki itu dengan meminta wang sebagai balasan.

Wanita itu didakwa menuntut 200,000 Dinar Bahrain, jika tidak mahu rakaman video hubungan terlarang mereka disebarkan.

Lelaki terbabit dikatakan menolak untuk membayar dan melaporkan insiden terbabit kepada pihak berkuasa Dubai.

Pendakwa raya Dubai kemudian mendakwa wanita itu atas kesalahan memeras ugut dan mengganggu mangsa menerusi mesej telefon bimbit.

Wanita terbabit pada mulanya tidak mengaku salah dan dibicarakan sebelum didapati bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 January 2020 @ 6:00 AM